Tuesday 11 September 2012

Motivasi Dakwah 1


Kisah nabi dan Abu Bakar ketika mana mereka hendak berhijrah daripada daerah yang mereka cintai Makkah ke bumi yang sangat asing, Madinah memang sangat lah masyhur dan tidak asing bagi kita. Di dalam kisah ini, kita menemukan beberapa pengajaran yang boleh dijadikan sebagai bekalan kita untuk menyelusuri jalan yang sangat panjang di hadapan kita.

Apabila kaum quraisy sudah nekad dan mengumpulkan pemuda-pemuda gagah perkasa untuk membunuh nabi s.a.w, nabi diperintahkan oleh Allah untuk keluar dari Makkah. Pada hari itu juga dengan menutup muka beliau, nabi s.a.w bergegas ke rumah Abu Bakar dalam keadaan matahari sedang terik. Apabila berjumpa Abu Bakar, Abu Bakar tahu ada urusan yang sangat penting dan memerlukan urgensi. Lantas nabi s.a.w berkata pada sahabatnya “aku diberi keizinan oleh Allah untuk keluar”. Lantas Abu Bakar bertanya “adakah aku akan menemani mu ya rasulullah?” Nabi menjawab dengan tenang “ ya benar”.


Apabila kita membaca kisah ini sepintas lalu kita mungkin tidak menemukan apa apa pengajaran. Mari lah kita membaca kisah ini dengan mata hati. Apabila rasulullah berkata pada Abu Bakar yang dia di perintahkan keluar, apakah reaksi yang paling logik jika kita dikhabarkan sedemikian rupa? Pasti kita bertanya semula “keluar pi mana eh?” ataupun “bila kene keluar” ataupun “berapa lama keluar”. tetapi tengoklah pada jawapan As Siddiq ini. Beliau bertanya “adakah aku akan menemani mu ya rasulullah?”. Apabila diteliti soalan ini, betullah dan logik sangat kenapa Abu Bakar digelar As Siddiq. Dengan penuh berharap tanpa menyoal apa-apa detail daripada rasulullah beliau seakan meng-offer-kan diri beliau kepada rasulullah.


Perlu kita ingat kembali apakah sebenarnya yang ditinggalkan oleh Abu Bakar di Makkah. Bukanlah setakat harta yang Abu Bakar tinggalkan di Makkah, malah kaum keluarga beliau. Asma’ anaknya, di tempeleng oleh Abu Lahab sehingga anting-anting beliau terputus daripada telinga. Itulah risiko yang di ambil oleh Abu Bakar! Pembesar quraisy bila-bila masa sahaja boleh membunuh keluarga beliau!

Subhanallah...moga kita dikurniakan iman sehebat Abu Bakar inshaallah! Amin ya rabb!


Bersambung...

No comments:

Post a Comment